Misi Pemerkasaan Bahasa Melayu | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Misi Pemerkasaan Bahasa Melayu

Misi Pemerkasaan Bahasa Melayu

10 Ogos 2018, SATUN, Thailand – Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPPUPM) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Perlis (MPPUniMAP) dan Sahabat Masjid UPM telah menganjurkan program Misi Sukarelawan Pemerkasaan Bahasa Melayu dan Free Market di Sekolah Annuban Ob-Om Satun, Thailand. Program usahasama ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 7 Ogos hingga 11 Ogos 2018 dan melibatkan seramai 25 orang peserta yang terdiri daripaa mahasiswa/wi UPM dan UniMAP.

                Tercetusnya idea untuk penganjuran misi ini adalah ketika MPPUniMAP membuat lawatan Kembara Ilmu dengan MPPUPM di UPM pada 7 Febuari 2018 yang lalu. Pihak MPPUniMAP menjemput warga UPM khususnya MPPUPM untuk bersama-sama sertai mereka untuk misi sukarelawan akan datang kerana MPPUniMAP berpengalaman dalam menjayakan misi seperti berkongsi ilmu dan ilmiah kepada masyarakat lebih-lebih lagi melibatkan kawasan luar Malaysia.

             

Para peserta bergambar bersama pengetua dan pemilik sekolah.

       

                      Sekolah Annuban Ob-Om Satun dipilih sebagai lokasi misi sukarelawan pada kali ini kerana keadaan demografi masyarakat kampung melayu di Satun, Thailand yang dahulu pernah menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pertuturan harian kini semakin hilang dalam kalangan anak-anak muda. Seterusnya, keadaan masyarakat di kawasan berdekatan dengan sekolah yakni ibu bapa kepada pelajar sekolah tersebut juga tidak menampakkan bahawa mereka dari kalangan golongan elit atau bangsawan kerana kebanyakkan daripada masyarakat Satun masih berlindung di dalam rumah kayu dan agak daif dari pandangan mata kasar.  

 

Antara keluarga yang terlibat dalam program Ziarah Kasih bersama perserta Sahabat Masjid dan Ketua Kampung

           

                        Program misi sukarelawan ini telah dirangkakan dengan tiga (3) objektif utama iaitu mendidik anak-anak muda khususnya pelajar sekolah yang terdiri daripada pra-sekolah hingga umur 12 tahun. Kedua, membuat Lawatan Kasih dan Free Market oleh Sahabat Masjid UPM bagi membantu golongan kurang berkemampuan di kampung berdekatan dengan lokasi sekolah dan pada masa yang sama Sahabat Masjid telah mendapatkan beberapa data serta maklumat bagi meneruskan misi ini pada masa akan datang. Objektif terakhir adalah menceriakan kawasan sekolah supaya kelihatan lebih menarik dan ceria buat pelajar sekolah untuk terus menimba ilmu yang tiada hadnya.

Tarikh Input: 21/08/2018 | Kemaskini: 11/09/2018 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
C1575795070