MISI BANTUAN PASCA BANJIR JOHOR 2022 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » MISI BANTUAN PASCA BANJIR JOHOR 2022

MISI BANTUAN PASCA BANJIR JOHOR 2022

 
JOHOR, 16 Januari 2022 - Seramai 30 orang sukarelawan termasuk pelajar Universiti Putra Malaysia telah mengikuti Misi Bantuan Pasca Banjir di Segamat, Johor selama 3 hari bermula 14-16 Januari 2022 yang dianjurkan oleh Persatuan Arborist Malaysia dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM. Antara aktiviti yang dilakukan iaitu membersihkan kawasan rumah penduduk setempat dan menyerahkan sumbangan barangan keperluan kepada mangsa banjir.
 
  
 
Turut hadir dalam misi ini iaitu En. Nuruliman Ibn Ibrahim Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM menyerahkan sendiri sumbangan 100 mushaf Alquran dan telekung kepada Haji Hasrin Kamal bin Hashim Pegawai Pejabat Daerah Segamat untuk masyarakat setempat yang terjejas akibat bah yang berlaku dan berkesempatan menziarahi keluarga pelajar UPM.
Semoga dengan bantuan yang diberikan ini meringankan sedikit beban mereka yang memerlukan.

Tarikh Input: 17/01/2022 | Kemaskini: 17/01/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEZIA6~