MINGGU PERKASA PUTRA SESI 2022/2023 KEMBALI MERIAH | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » MINGGU PERKASA PUTRA SESI 2022/2023 KEMBALI MERIAH

MINGGU PERKASA PUTRA SESI 2022/2023 KEMBALI MERIAH

 

 

[5 sehingga 9 Oktober 2022]

 

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM menjadi penganjur utama bagi program sambutan pelajar baharu iaitu Minggu Perkasa Putra sesi 2022/2023, dengan jumlah 3,553 pelajar baharu terdiri daripada 1,163 pelajar lelaki dan 2,437 pelajar baharu yang mula berdaftar pada 5 dan 6 Oktober 2022. Suasana kemeriahan Program yang berlangsung selama 5 hari yang dah lama kami warga UPM ditunggu-tunggukan.

Pelbagai slot program Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM jadualkan untuk memberi pendedahan awal dalam mengenali pembelajaran bertaraf Universiti. Slot-slot program ini bertujuan bagi membina jati diri mahasiswa baharu seperti slot Pengenalan Asas Kesedaran Mengundi dari SPR, slot Isu Keselamatan Negara: Peranan & Tanggungjawab Pelajar dari MKN, dan Mahasiswa: Integriti & antirasuah dari SPRM.

YH. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia turut hadir bersama Pegawai-Pegawai Kanan UPM pada slot Majlis Bersama Naib Canselor bagi menyampaikan amanat kepada pelajar-pelajar baharu serta bacaan ikrar yang di anggotai oleh pelajar sendiri juga berlangsung selepas ucapan YH. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.

 

Sambutan kemeriahan yang penuh dengan persembahan dan pameran-pameran kelab/persatuan UPM tidak dapat digambarkan bagaimana meriahnya suasana pada slot Putra Souq, dan penutup bagi Minggu Perkasa Putra Bahagian Hal Ehwal Pelajar  jadualkan slot SPRM bagi memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar sentiasa berhati-hati dengan amalan rasuah yang melanda seluruh dunia hari ini.

 

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM ingin mengucapkan Taniah dan Selamat datang ke Menara Ilmu kepada pelajar-pelajar baharu, jalankan tanggungjawab sebagai mahasiswa yang ingin membanggakan kedua ibu-bapa dan negara.

     

 

Tarikh Input: 12/10/2022 | Kemaskini: 12/10/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXETJAf~