Minggu Perkasa Putra Dalam Suasana Norma Baharu | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Minggu Perkasa Putra Dalam Suasana Norma Baharu

Minggu Perkasa Putra Dalam Suasana Norma Baharu

16 Oktober 2020 – Minggu Perkasa Putra sesi 2020/2021 telah dengan jayanya diadakan dalam talian berikutan dengan penangguhan pendaftaran pelajar baharu secara fizikal yang telah diumumkan oleh UPM baru-baru ini. Konsep dalam talian pada kali ini adalah julung kali diadakan bermula pada 12 Oktober 2020 sehingga 15 Oktober 2020 yang lalu.

Seramai lebih 3500 pelajar baharu tahun pertama sesi 2020/2021 telah mendaftar dan sekaligus mengikuti program ini secara dalam talian. 16 slot telah disediakan sepanjang program ini berlangsung selama 4 hari. Slot yang disediakan khusus memberi pendedahan secara terperinci kepada semua pelajar sebagai persediaan untuk menempuh alam kampus. Walaupun tidak secara bersemuka, pengisian yang disampaikan pada setiap slot amat penting kepada pelajar untuk memahami dan meneliti info serta maklumat yang diberikan.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan gabungan semua Entiti di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal pelajar dan Alumni) bertungkus lumus menyediakan bahan dan maklumat yang terperici untuk disalurkan kepada semua pelajar baharu menerusi platform “telegram” yang dibangunkan. Platforn “telegram” yang dibangunkan ini menjadi medan utama dalam penyebaran maklumat kepada semua pelajar selain memberi kemudahan capaian kepada pihak pengurusan dalam menyelesaikan masalah yang timbul dalam kalangan pelajar baharu.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) YBhg. Prof. Dr. Arifin Bin Abdu menyatakan rasa puas hati dan bangga dengan kaedah baharu yang digunakan oleh pihak penganjur Minggu Perkasa Putra dalam menjejaki pelajar baharu yang tidak dapat datang ke kampus tetapi memperolehi maklumat dan info penting yang dijalankan dalam talian menerusi platform yang dibangunkan.

Berita oleh:

Encik Adidi Tamin
Pegawai Kebudayaan,
Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Tarikh Input: 24/10/2020 | Kemaskini: 24/10/2020 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdHAG~