MESYUARAT MAJLIS KEBUDAYAAN UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA (MAKUM) KALI KE-104 BILANGAN 3 TAHUN 2022 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » MESYUARAT MAJLIS KEBUDAYAAN UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA (MAKUM) KALI KE-104 BILANGAN 3 TAHUN 2022

MESYUARAT MAJLIS KEBUDAYAAN UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA (MAKUM) KALI KE-104 BILANGAN 3 TAHUN 2022

 
 
 
[MESYUARAT MAJLIS KEBUDAYAAN UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA (MAKUM) KALI KE-104 BILANGAN 3 TAHUN 2022]
 
Alhamdulillah, selaku Pengerusi MAKUM Sesi 2022/2023, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) Kali Ke-104 Bilangan 3 Tahun 2022 bertempat di Bilik Lembaga Senat, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 13-14 Oktober 2022.
 
Sedikit pengenalan untuk MAKUM, ia merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan di bawah naungan Jawatankuasa Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor dan Timbalan-timbalan Reaktor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti-universiti Malaysia. MAKUM ditubuhkan pada 11 Febuari 1993 berlandaskan kesedaran untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh universiti-universiti berhubung dengan hal ehwal kebudayaan.
 
Dalam siri mesyuarat pada kali ini, saya telah membincangkan antara lain Laporan Gerak Kerja Penganjuran FEStKUM Tahun 2022 mengikut zon, pembentangan kertas kerja MAKUM Universiti Awam serta pembentangan laporan kewangan MAKUM. Mesyuarat turut dimaklumkan berkaitan pelaporan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bagi inisiatif program di bawah perpaduan dan patriotism dan seterusnya membincangkan berkaitan pengemaskinian takwim program MAKUM berdasarkan situasi semasa. Saya ingin mengucapkan Setinggi-tinggi penghargaan kepada UMK yang telah menjadi tuah rumah bagi mesyuarat pada kali ini.
 
Turut hadir YBhg. Prof. Dr. Mohammad Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Puan Nor Liza binti Sedon @ M. Dom, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Mahasiswa Holistik KPT, Encik Husalshah Rizal Hussian dan Encik Adidi Tamin selaku Setiausaha MAKUM Sesi 2021/2022, Pengarah-Pengarah Pusat Kebudayaan UA, serta Pegawai-Pegawai MAKUM Universiti Awam.
MAKUM komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 

Tarikh Input: 01/11/2022 | Kemaskini: 01/11/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUVAz~