MALAM TUNAS BUDAYA UPM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » MALAM TUNAS BUDAYA UPM

MALAM TUNAS BUDAYA UPM

 
22 Oktober - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman menghadiri program Malam Tunas Budaya (MTB) 2022 yang diadakan kali pertama selepas pandemik COVID-19 yang tertangguh selama dua tahun. YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan berkata, program ini melibatkan pelajar kolej kediaman sepenuhnya adalah aktiviti wajib untuk pelajar tahun satu UPM bagi pelajar dapat mengetengahkan bakat dari segi nyanyian, tarian dan muzik.
 
“Saya berharap program ini dapat memberikan impak positif dan ini adalah sejajar dengan hasrat universiti untuk melahirkan graduan UPM yang serba boleh, bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah mempunyai kemahiran insaniah,” katanya. Selain itu MTB telah mula diperkenalkan pada tahun 2001 yang berkonsepkan persembahan. Pada tahun ini, MTB 2022 bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama Berpaksikan Rukun Negara’. Sementara itu, Johan MTB 2022 adalah Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee; Naib Johan, Kolej Canselor dan Tempat Ketiga, Kolej Tun Dr Ismail.
 
Selain itu, Anugerah Kreativiti Terbaik , Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee; Anugerah Teknikal Terbaik, Kolej Tun Dr Ismai; Anugerah Vokal Terbaik, Kolej Sepuluh; Anugerah Kumpulan Tarian Terbaik, Kolej Canselor; Anugerah Muzik Terbaik, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee; Anugerah Publisiti Terbaik, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dan Anugerah Keceriaan Terbaik , Kolej Tan Sri Aishah Ghani.
 
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM, Prof. Dr. Nazamid Saari; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu dan YDP UPM UPM 2021/2022, Haziq Zikri Zainuri.
 

Tarikh Input: 01/11/2022 | Kemaskini: 01/11/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEZQAv~