Majlis Sekalung Budi Fasilitator Universiti 2022 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Majlis Sekalung Budi Fasilitator Universiti 2022

Majlis Sekalung Budi Fasilitator Universiti 2022

 
Serdang, 11 November 2022 ~ Seramai lebih 170 orang Fasilitator Universiti telah dirai bersempena dengan Majlis Sekalung Budi Fasilitator Universiti 2022. Majlis ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021-2022 dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar BHEP sebagai satu initiatif memberi penghargaan dan apresiasi kepada semua FU yang telah bertungkus lumus dan bekerja keras dalam melaksanakan tanggungjawab sepanjang menguruskan program Minggu Perkasa Putra Sesi 2022-2023 bermula dari 5 Oktober yang lalu sehingga tamatnya Majlis Ikrar Pelajar Ambilan Kedua semalam.
 
Turut hadir memeriahkan majlis adalah YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM telah mengambil peluang ini untuk menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua FU yang banyak berkorban masa dan tenaga serta membantu pihak pengurusan universiti dalam menguruskan hal ehwal pelajar baharu. Di samping itu juga, YH Dato’ Naib Canselor telah menyempurnakan sesi penyampaian Sijil Penghargaan kepada semua FU yang dilantik.
 
Majlis yang diadakan di Dewan Jauhari KOSASS ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail TNC Akademik dan Antarabangsa, YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu TNC Hal Ehwal Pelajar & Alumni, barisan Pengetua, Ketua-ketua Entiti HEPA, Pentadbir Kolej, Pegawai-Pegawai UPM dan ramai lagi. Selain daripada itu, semua tetamu telah dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada Kelab Nasyid Nahwan Nur dan persembahan khas daripada Kelab Wusyu, Persatuan Seni Budaya Zhong Hua.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 17/11/2022 | Kemaskini: 17/11/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUDAE~