MAJLIS SEJAMBAK KASIH SEKALUNG BAKTI BUAT PUAN NOORMAH ISMA’ON | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » MAJLIS SEJAMBAK KASIH SEKALUNG BAKTI BUAT PUAN NOORMAH ISMA’ON

MAJLIS SEJAMBAK KASIH SEKALUNG BAKTI BUAT PUAN NOORMAH ISMA’ON

 
Serdang, 24 Jun 2022: Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah mengadakan Majlis Sejambak Kasih Sekalung Bakti buat Puan Noormah Isma’on bertujuan meraikan serta memberi penghargaan selepas 39 tahun berkhidmat bersama-sama UPM. Beliau mula berkhidmat di UPM pada 1983 dan menamatlan perkhidmatan pada 2022 dengan bersara wajib.
 
Majlis turut dihadiri En. Abdullah Arshad, Ketua Pentadbiran Pejabat TNC HEPA, Ketua-Ketua Seksyen BHEP serta seluruh warga BHEP. BHEP mengucapkan sekalung penghargaan buat Puan Noormah atas khidmat bakti yang telah diberikan kepada UPM terutama di bawah Seksyen Pengurusan Aktiviti Pelajar BHEP.
 
Anak tunjang anak mami,
Reti masak nasi dan laksa,
Kasih dijunjung sekalung budi,
Takkan dilupa selagi bernyawa.
Selamat Maju Jaya dan Selamat Bersara buat Puan Noormah Isma’on.
 
BHEP sentiasa komited untuk terus melalukan yang terbaik.
 

Tarikh Input: 28/06/2022 | Kemaskini: 28/06/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXETNA6~