MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

 
Tuaran, 16 Julai 2022: YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara 2022 yang telah diadakan di Padang Pekan Tuaran, Sabah. Sambutan ini merupakan pengiktirafan Kerajaan terhadap segala usaha dan kejayaan seluruh belia yang merupakan tunjang dalam pembangunan negara serta keutuhan Keluarga Malaysia. YAB PM dalam ucapan perasmian turut menekakan berkaitan 21.4% atau bersamaan tujuh juta daripada 32.7 juta rakyat Malaysia merupakan belia berusia antara 15 hingga 30 tahun yang sememangnya angka ini sangat signifikan, sekali gus mempengaruhi setiap perancangan pembangunan negara.
 
Ujar beliau lagi, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), semua Kementerian dan Agensi masing-masing turut menyediakan pelbagai program yang melibatkan golongan belia agar mereka dapat terus memainkan peranan dalam pembangunan negara. YAB PM turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta untuk membantu aktiviti-aktiviti persatuan belia dan turut mengumumkan pelantikan wakil belia dalam Dewan Negara.
 
Turut hadir YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Dato’ Sri Bung Moktar Radin, Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah, YB Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah, YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Encik Mohd Izzat Afiffi Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Negara, Pegawai-Pegawai Kanan Persekutuan dan Sabah serta wakil pelajar UPM.
 
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 20/07/2022 | Kemaskini: 20/07/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXETPAt~