MAJLIS PEMBUKAAN SIDANG PARLIMEN KESATUAN PELAJAR SESI 2022/2023 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » MAJLIS PEMBUKAAN SIDANG PARLIMEN KESATUAN PELAJAR SESI 2022/2023

MAJLIS PEMBUKAAN SIDANG PARLIMEN KESATUAN PELAJAR SESI 2022/2023

 
Serdang, 26 Ogos 2022: YH. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM telah merasmikan pembukaan Sidang Parlimen Kesatuan Pelajar Sesi 2022/2023 bertempat di Dewan Senat, Bangunan Canselori Putra UPM sebagai usaha mencerminkan initiatif pengurusan universiti dalam menjaga kebajikan dan keperluan para pelajarnya bermula diperingkat mikro, pelajar itu sendiri selain itu dapat memupuk semangat keterbukaan dan pemikiran kritis dalam kalangan pemimpin pelajar yang akan mewakili rakan- rakan mahasiswa mereka kearah persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.
 
Parlimen Kesatuan Pelajar merupakan inisiatif Bahagian Hal Ehwal, Pelajar Universiti Putra Malaysia untuk menyediakan landasan latihan kepemimpinan bertujuan untuk a) menambahbaik kualiti latihan kepemimpinan yang lebih teratur, b) meningkatkan partisipasi dalam kalangan pemimpin pelajar, c) melaksanakan pengasingan kuasa yang lebih cekap dan d) menyediakan ruang semak dan imbang diantara pentadbiran Universiti dan wakil pelajar.
 
YH. Dato' Naib Canselor dalam ucapan beliau menyatakan "usaha ini adalah sebagai sahutan kepada hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang ingin menerap semangat Kesatuan Pelajar (Students Union) dimana suara mahasiswa diangkat sebagai salah satu aspek penting dalam penentuan dasar mahupun polisi institusi pengajian tinggi (IPT)."
 
Ujar beliau lagi, "para pemimpin pelajar semasa akan menjadi wakil dalam Parlimen Kesatuan Pelajar dan idea pelaksanaan mereka akan diangkat dalam bentuk usul cadangan yang kemudiannya akan dihujahkan bagi keputusan bersama. Kaedah ini secara langsung akan memberi platform untuk mereka terdedah kepada suasana perdebatan yang meraikan perbezaan dan membudayakan pemikiran yang kritis".
 
Turut hadir YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBrs. Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah, Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej-Kolej Kediaman UPM, Encik Abdullah Arshad, Ketua Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman, Barisan Eksekutif dan Legislatif Sesi 2022/2023.
 
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 01/09/2022 | Kemaskini: 01/09/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdVAw~