[MAJLIS PELANCARAN SUKAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (SUKIPT)] | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » [MAJLIS PELANCARAN SUKAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (SUKIPT)]

[MAJLIS PELANCARAN SUKAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (SUKIPT)]

 
Tanjung Malim, 17 Jun 2022: YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah melancarkan Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) di Muallim Ballroom, Scholar’s Suites KSAS UPSI yang menyaksikan Universiti Pendidikan Sultan Idris menjadi tuan rumah bagi penganjuran SUKIPT 2022. SUKIPT edisi ke-5 ini akan melibatkan sebanyak 70 kontinjen daripada pelbagai Institut Pengajian Tinggi (IPT) akan bertanding pada temasya SUKIPT kali ini melibatkan 21 acara yang akan dipertandingkan bermula 12 hingga 21 Ogos 2022 dengan penawaran sebanyak 210 pingat emas.
 
YB Datuk Seri Dr. Noraini dalam ucapan pelancaran beliau turut berkata SUKIPT merupakan salah satu medan untuk atlet-atlet IPT mengembalikan prestasi terbaik mereka setelah hamper 4 tahun tidak terlibat dalam kejohanan bertaraf kebangsaan dan secara tidak langsung membuat persiapan awal untuk menghadapi kejohanan-kejohanan besar di peringkat antarabangsa pada tahun 2023. SUKIPT 2022 turut melibatkan penglibatan lebih kurang 6000 orang atlet, 2000 pegawai, 1000 sukarelawan dan 14 gelanggang pertandingan.
 
KPT turut memperkenalkan beberapa inisiatif baharu termasuk Hari Kerjaya Sukan yang menhimpunkan pengamal-pengamal industri sukan dan di sini para peserta dan pengunjung yang datang memberi sokongan berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan kerjaya-kerjaya dalam bidang sukan. YB Datuk Seri Dr. Noraini turut mengumumkan inisiatif kepada SUKIPT 2022 iaitu RM3,000 seorang kepada olahragawan dan olahragawati, RM7,000.00 kepada pasukan terbaik lelaki dan Wanita SUKIPT 2022, RM1,000.00 pemain golf yang Berjaya Hole in One, dan RM20,000.00 kepada pemecah rekod Kebangsaan yang akan diberikan secara Bersama kepada atlet-atlet yang Berjaya.
 
KPT komited dengan usaha untuk meningkatkan mutu sukan dengan penganjuran sukan berskala tinggi yang bertaraf Kebangsaan dan antarabangsa serta mengekalkan momentum kecemerlangan atlet IPT. YB Datuk Seri Noraini Ahmad turut mengucapkan tahniah kepada atlet olahragawati UPM yang cemerlang di bawah pimpinan YBrs. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM serta kepada atlet-atlet yang lain. KPT turut berbangga dengan atlet-atlet sukan yang telah memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam Sukan SEA di Hanoi 2021. Daripada itu, 24 pingat emas, 21 pingat perak dan 30 pingat gangsa turut disumbangkan oleh atlet-atlet IPT yang melibatkan jumlah keseluruhan 83 pingat daripada 174 yang diperolehi Malaysia.
 
Turut hadir ke majlis pelancaran ialah YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, YB Encik Ahmad Saidi Mohamad Daud, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak, YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi KPT, YBrs. Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md. Amin bin Md. Taff, Naib Canselor UPSI, Naib-Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, atlet-atlet dan Keluarga Besar KPT.
 

Tarikh Input: 21/06/2022 | Kemaskini: 21/06/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDcQA0~