MAJLIS PELANCARAN AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR DAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » MAJLIS PELANCARAN AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR DAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI

MAJLIS PELANCARAN AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR DAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI

 
Serdang, 1 Ogos 2022: Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (PTNCHEPA) menganjurkan majlis pelancaran amalan EKSA yang telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abdullah Arshad, Ketua Pentadbiran PTNCHEPA UPM.
EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia.
 
Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.
Dengan bertemakan Komitmen, Kualiti dan Kondusif, BHEP yakin ianya sleari dengan objektif pelaksanaan EKSA UPM di mana meningkatkan imej korporat, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasim, menggalakkan aktiviti pembudayaan Amalan Hijau, mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan motivasi dan disiplin, memupuk semangat berpasukan, memupuk sikap bertanggungjawab dan amalan penambahbaikan berterusan.
 
Di akhir majlis tersebut, YBrs. Ketua Pentadbiran menyampaikan surat lantikan kepada ahli jawatankuasa EKSA BHEP. Majlis turut dihadiri YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor HEPA, Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua BHEP merangkap Pengerusi EKSA BHEP, Ketua-Ketua Seksyen BHEP, Pegawai-Pegawai serta staf BHEP.
 
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 02/08/2022 | Kemaskini: 02/08/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEQQAJ~