MAJLIS IFTAR PELAJAR OKU & PELAJAR PROGRAM SULUNG UPM BERSAMA TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » MAJLIS IFTAR PELAJAR OKU & PELAJAR PROGRAM SULUNG UPM BERSAMA TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

MAJLIS IFTAR PELAJAR OKU & PELAJAR PROGRAM SULUNG UPM BERSAMA TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

 
MAJLIS IFTAR PELAJAR OKU & PELAJAR PROGRAM SULUNG UPM BERSAMA TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)
 
 
UPM Serdang, 14 April- Seramai 20 orang pelajar OKU dan 10 orang pelajar program sulung UPM tidak dilupakan walaupun dalam keadaan sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka di Majlis Iftar bersama YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang diadakan semalam.
 
"Ini baru kali kedua saya makan diluar bilik saya di kolej selepas program Iftar Mega UPM" kata Nur Hazira Rusli, seorang pelajar OKU penglihatan kedua belah mata.
Mereka juga menyatakan makanan yang disediakan oleh Restoran L'Apparenti UPM juga sangat sedap dan tidak lupa menzahirkan rasa terima kasih.
 
  
 
Majlis turut dihadiri Encik Abdullah Arshad, Ketua Pentadbiran pejabat Timbalan Naib Cancelor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah, pengerusi jemaah pengetua dan Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP).Selain sumbangan kuih raya oleh BHEP kepada semua pelajar yang hadir, majlis juga menzahirkan apresiasi kepada tujuh orang ahli jawatankuasa Persatuan Mahasiswa OKU sesi 2022 dengan penyampaian sijil penghargaan.
 
Semoga dengan sedikit sumbangan kepada mereka sepanjang Ramadan dan sepanjang mereka bergelar pelajar mampu meringankan beban mereka. -BHEP UPM

Tarikh Input: 19/04/2023 | Kemaskini: 19/04/2023 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUIAr~