Majlis Hi Tea & Penutupan Bulan Kesedaran Kampus Inklusif OKU UPM 2022 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Majlis Hi Tea & Penutupan Bulan Kesedaran Kampus Inklusif OKU UPM 2022

Majlis Hi Tea & Penutupan Bulan Kesedaran Kampus Inklusif OKU UPM 2022

 
[MAJLIS HI TEA DAN PENUTUPAN BULAN KESEDARAN KAMPUS INKLUSIF OKU UPM 2022]
 
10 Januari, UPM Serdang - YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) hadir menyantuni seramai 18 orang pelajar OKU yang diraikan di Majlis Minum Petang dan Penutupan Bulan Kesedaran Kampus Inklusif OKU UPM 2022 anjuran Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
 
Turut hadir Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Encik Abdullah Arshad, Ketua Pentadbiran pejabat Timbalan Naib Canselor HEPA, Dr. Wan Arnidawati Wan Abdullah, penyelaras Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU BHEP, wakil Majlis Perwakilan Pelajar dan Persatuan Mahasiswa OKU turut mendengar segala luahan pelajar OKU mengenai keperluan mereka.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 11/01/2023 | Kemaskini: 13/01/2023 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEXXAh~