MAJLIS FLAG OFF MISI SUKARELAWAN SISWA YSS-ASEAN GREEN SUMMER VOLUNTEER CAMPAIGN (GSVC), VIETNAM 2022 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » MAJLIS FLAG OFF MISI SUKARELAWAN SISWA YSS-ASEAN GREEN SUMMER VOLUNTEER CAMPAIGN (GSVC), VIETNAM 2022

MAJLIS FLAG OFF MISI SUKARELAWAN SISWA YSS-ASEAN GREEN SUMMER VOLUNTEER CAMPAIGN (GSVC), VIETNAM 2022

 
Putrajaya, 8 Julai 2022: Majlis Flag Off Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN Green Summer Volunteer Campaign ke Vietnam telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha di ruang legar KPT. Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) adalah bertujuan untuk membangunkan pemimpin sukarelawan yang berkesan, mempelbagaikan sumber untuk pembiayaan mampan, memperhebat perkongsian strategik dan mengukuhkan keterlihatan sebagai organisasi yang berkembang maju dalam sukarelawan untuk ekosistem pembangunan.
 
Seramai tujuh (7) orang pelajar Universiti Putra Malaysia daripada 72 orang keseluruhan peserta
telah berjaya dipilih ke misi pada kali ini. Turut hadir YBhg. Dato’ Dr. Hj. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), YBhg. Dato’ Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi JPT KPT, YBhg. Encik Wan Ahmad Hazmab Wan Daud, Timbalan Pengerusi II Yayasan Sukarelawan Siswa, YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Dr Hizmawati Madzin, Timbalan Pengarah PKPP UPM. Seluruh warga kerja BHEP mengucapkan semoga berjaya kepada semua sukarelawan UPM ke Vietnam bermula Ahad, 10 Julai 2022 ini.
 
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 

Tarikh Input: 20/07/2022 | Kemaskini: 20/07/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXERFAU~