MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2021/2022 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2021/2022

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2021/2022

 
Serdang, 23 Jun 2022: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM Sesi 2021/2022 dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP),Pusat Islam, Pusat Perhubungan Alumni dan Kolej 13 telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat sempena peperiksaan akhir Semester 2 Sesi 2021/2022.
 
Naib Canselor UPM, YH. Profesor Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata pelajar UPM diharapkan dapat menggunakan kesempatan yang ada untuk mengulangkaji pelajaran dan mengadakan perbincangan melalui pelbagai media dan saluran secara dalam talian.
Program yang dijalankan di Dewan Putra 1, Kolej 13 UPM turut membuat bacaan tahlil buat Allahyarham Tun Arshad Ayub, alumni UPM kelas 1954 (Kolej Pertanian) juga merupakan Tokoh Pendidikan Negara yang meninggal dunia pada 14 Jun lepas.
 
Turut hadir Ketua Pentadbiran Pejabat TNC HEPA, Encik Abdullah Arshad, Ketua Bahagian BHEP Encik Nuruliman Ibrahim, Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej Kediaman, Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah,, Yang Dipertua (YDP)MPP, Mohammad Haziq Zikri Zainuri, Pengetua-pengetua kolej kediaman UPM, Barisan Ketua Felo Kolej Kediaman, Presiden MPK Kolej Kediaman serta seluruh warga UPM.
 
BHEP sentiasa komited untuk terus melalukan yang terbaik.
 

Tarikh Input: 28/06/2022 | Kemaskini: 28/06/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
WWKCGAm:06:04