Majlis Apresiasi MTM Kolej-kolej Kediaman Universiti Putra Malaysia 2018 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Majlis Apresiasi MTM Kolej-kolej Kediaman Universiti Putra Malaysia 2018

Majlis Apresiasi MTM Kolej-kolej Kediaman Universiti Putra Malaysia 2018

SERDANG, 27 JUN - Majlis Apresiasi Majlis Tertinggi Mahasiswa kolej-kolej kediaman sesi 2017/2018 anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah diadakan pada 14 Mei 2018 bertempat di Dewan Putra 2, Universiti Putra Malaysia. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan terhadap jasa, sumbangan, dan sebagai tanda terima kasih kepada barisan Majlis Tertinggi Mahasiswa kolej-kolej kediaman yang telah banyak bekerjasama dengan pihak pengurusan universiti terutama di Bahagian Hal Ehwal Pelajar dalam membantu menguruskan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang sesi 2017/2018.

 

Seramai lebih 500 orang ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa kolej-kolej kediaman telah diraikan pada hari tersebut. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman (TNC HEPA) sekali gus telah menyempurnakan sesi penyampaian sijil penghargaan dan hadiah kepada pemenang.  

 

Tiga kolej yang berjaya memungut markah tertinggi dalam Festival Kebudayaan dan Kesenian Interkolej bagi sesi 2017/2018 telah diumumkan pada hari tersebut. Tempat pertama telah dimenangi oleh Kolej Tun Dr. Ismail yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM1000.00. Manakala, tempat kedua dimenangi oleh Kolej Tujuh Belas dan membawa wang tunai RM700.00. Kolej Mohamad Rashid pula telah mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM500.00.

Berita oleh : Nor Shahirah Mohd Supian

Tarikh Input: 02/07/2018 | Kemaskini: 29/10/2018 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
C1575793915