MAHASISWA UPM KE SESI TOWNHALL BERKAITAN AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU) 1971 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
6 April 2023, Putrajaya - Seramai 43 orang pelajar
Universiti Putra Malaysia telah menghadiri ke Program Townhall berkaitan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 di Kementerian Pendidikan Tinggi.
Sesi Townhall berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian bagi memberi kefahaman berkaitan akta yang mengawal selia universiti awam di Malaysia. Ia diadakan dengan matlamat untuk menyampaikan informasi terkini berkaitan AUKU dan hala tuju AUKU pasca pindaan.
Turut hadir dari pengurusan tertinggi Universiti Putra Malaysia iaitu YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komo selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UPM,YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman selaku Naib Canselor UPM, dan YBhg. Prof. Dr Arifin Abdu selaku Timbalan Naib Canselor HEPA UPM.
Tarikh Input: 07/04/2023 |
Kemaskini: 07/04/2023 | azhar.mahdzir
PERKONGSIAN MEDIA