Mahasiswa Disaran Hargai Seni Budaya Warisan Demi Pupuk Perpaduan Negara | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Mahasiswa Disaran Hargai Seni Budaya Warisan Demi Pupuk Perpaduan Negara

Mahasiswa Disaran Hargai Seni Budaya Warisan Demi Pupuk Perpaduan Negara

 
19 Disember 2022 Serdang ~ Selamat maju jaya diucapkan kepada Kontingen UPM (Penggiat Seni Putra) yang bakal beraksi dalam Festival Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia FEStKUM 2022 yang bakal berlangsung bermula hari ini 19 sehingga 23 Disember 2022.
 
Sebanyak 4 acara dipertandingkan iaitu Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Melayu Asli, Sayembara Puisi, Rentak Bitara (Band) dan Pertandingan Nasyid. Kesemua empat acara akan diadakan di UKM dan UPM.
 
Perjumpaan istimewa pada malam ini turut dihadiri Pegawai MAKUM UPM iaitu Encik Husalshah Rizal Hussian, Pengarah PKKSSAAS dan Encik Adidi Tamin. Turut dihadiri Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar Encik Nuruliman Ibrahim sekaligus menyampaikan amanat daripada YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu TNC HEPA. Beliau amat berharap agar Kontingen UPM dapat memberikan yang terbaik buat universiti dan semoga kemenangan berpihak kepada UPM.
 
Selain itu juga, UPM selaku tuan rumah untuk Rentak Bitara dan Nasyid turut dibantu oleh 35 orang pelajar terdiri daripada MPP/MPK secara sukarela bagi bersama-sama menjayakan festival ini.
Di samping itu juga, Ketua BHEP sempat menyempurnakan Penyerahan Bendera UPM kepada Ketua Kontingen iaitu Saudara Muhammad Sulaiman Mohd Fadhil dan diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai.
 
 
 

Tarikh Input: 11/01/2023 | Kemaskini: 13/01/2023 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEZRAa~