Serdang, 22 Ogos 2022 – Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad telah diadakan selama satu (1) hari dengan jayanya.
Lawatan ini telah dihadiri oleh 20 orang Ahli Jawatankuasa EKSA BHEP & PTNCHEPA yang diketuai oleh Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang bertujuan memberi gambaran yang lebih jelas dan perkongsian pengalaman berkenaan amalan EKSA di PSAS.
Semoga dengan lawatan ini, dapat membantu memberi aspirasi kepada BHEP & PTNCHEPA untuk terus komited dalam pelaksanaan EKSA seterusnya berjaya mendapat pensijilan dari MAMPU pada tahun ini.
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
Tarikh Input: 01/09/2022 |
Kemaskini: 01/09/2022 | azhar.mahdzir
PERKONGSIAN MEDIA