LAWATAN KERJA PENGURUSAN KENDERAAN BERPUSAT KE UKM, BANGI | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » LAWATAN KERJA PENGURUSAN KENDERAAN BERPUSAT KE UKM, BANGI

LAWATAN KERJA PENGURUSAN KENDERAAN BERPUSAT KE UKM, BANGI

 
Serdang, 9 Jun 2022: BHEP telah mengadakan lawatan kerja pengurusan kenderaan berpusat ke Unit Kenderaan, Bahagian Pentadbiran dan Kemudahan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Lawatan kerja ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan pendapat tentang pelaksanaan pengurusan kenderaan berpusat di universiti.
 
BHEP mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Mohd Hashrifa Kassim yang sudi menerima kunjungan dan berkongsi ilmu berkenaan pengurusan di Unit Kenderaan. Diharapkan hubungan baik antara UPM dan UKM sentiasa terjalin melalui lawatan kerja ini.
Delegasi BHEP diketuai oleh yang diketuai En. Nuruliman Ibrahim (Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar). Turut hadir dalam lawatan kerja ini adalah Puan Zaleha Othman (Ketua Seksyen Pengurusan Kenderaan), En. Zulbasri Othman (Pejabat Bursar UPM), En. Iruan Shafarie Azam (Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset UPM), Pegawai Seksyen Pengurusan Kenderaan UPM dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar.
 
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 
 
 

Tarikh Input: 09/06/2022 | Kemaskini: 09/06/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUVAy~