Kursus Induksi MPP 2020/ 2021: Pemantapan Sahsiah Pemimpin Pelajar | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Kursus Induksi MPP 2020/ 2021: Pemantapan Sahsiah Pemimpin Pelajar

Kursus Induksi MPP 2020/ 2021: Pemantapan Sahsiah Pemimpin Pelajar

3 Julai 2020, Genting Highlands – Seramai 39 ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengikuti Kursus Induksi Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 yang telah dijalankan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar pada 3 hingga 5 Julai 2020, bertempat di Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands. Platform atas talian, Google Meet, telah disediakan sepanjang kursus bagi 4 orang pelajar yang tidak dapat hadir secara fizikal atas kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Pengisian program yang mengetengahkan pelbagai aspek kepemimpinan tersebut telah dihadiri oleh penceramah- penceramah yang berpengalaman tinggi dalam mengendalikan pergerakan MPP di UPM. Antara nilai- nilai yang menjadi teras kursus tersebut adalah asas komunikasi organisasi, penampilan seorang pemimpin, peranan dan sumbangan entiti berkepentingan di UPM serta penglibatan alumni dalam pembangunan jaringan pelajar.

 

Aktiviti-aktiviti bersifat informatif telah diperkukuh dengan latihan dalam kumpulan (LDP) bagi memberikan gambaran keadaan sebenar yang lebih jelas kepada barisan MPP UPM yang telah mengangkat sumpah pada 11 Mac 2020 lalu. Pembentangan pergerakan MPP, pembentangan cadangan program bersama Pusat Alumni UPM dan sesi soal jawab bersama penceramah menjadi antara sesi yang padat dengan maklumat terkini dalam kitaran kampus UPM.

Ybhg. Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, telah menyampaikan amanatnya kepada barisan MPP sesi untuk sentiasa berkhidmat untuk memperjuangkan kebajikan dan keperluan para pelajar UPM. Beliau mengingatkan peranan MPP sebagai penghubung utama dalam mengangkat suara mahasiswa ke peringkat pengurusan universiti bagi pelaksanaan seterusnya.

Tarikh Input: 07/07/2020 | Kemaskini: 07/07/2020 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
C1596465829