[KURSUS DISABILITY EQUALITY TRAINNING 2022] | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » [KURSUS DISABILITY EQUALITY TRAINNING 2022]

[KURSUS DISABILITY EQUALITY TRAINNING 2022]

 
13 Disember 2022 - Kursus Disability Equality Training 2022 yang diadakan semalam khusus buat kakitangan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni sempena Bulan Kesedaran Kampus Inklusif OKU UPM 2022.
Selain meningkatkan kesedaran secara konsisten setiap tahun kepada warga universiti, kursus berkenaan juga adalah bertujuan mencapai matlamat universiti untuk menyediakan kakitangan terlatih mengendali pelajar OKU.
 
Encik Fariz Abd. Rani yang juga penceramah DET sejak 2007 menasihatkan semua peserta agar memberi bantuan yang tepat dan betul kepada warga OKU dengan membuat pertanyaan terlebih dahulu kepada individu OKU yang ingin dibantu selain berhati-hati dengan pengendalian peralatan sokongan mereka.
 
En. Fariz juga mengingatkan semua peserta tentang keutamaan membina infrastruktur yang betul dan mengikut piawaian kerana faedah berkenaan bukan sahaja untuk warga OKU sedia ada malah untuk warga tua dan persediaan untuk diri yang mungkin berisiko hilang upaya.
Semoga kursus sebegini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dan mengekalkan universiti sebagai sebuah kampus mesra OKU.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 14/12/2022 | Kemaskini: 14/12/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXETSA3~