KURANG UPAYA BUKAN SATU PENGHALANG UNTUK TERUS CAPAI KEJAYAAN | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » KURANG UPAYA BUKAN SATU PENGHALANG UNTUK TERUS CAPAI KEJAYAAN

KURANG UPAYA BUKAN SATU PENGHALANG UNTUK TERUS CAPAI KEJAYAAN

 
SERDANG, 26 November- Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Encik Nuruliman Ibrahim menyantuni graduan OKU yang menerima ijazah Doktor falsafah dalam bidang Bahasa Melayu semalam. Status sebagai seorang insan istimewa Orang Kurang Upaya (OKU) tidak menghalang Dr. Arul Das A/L Arumugam untuk menamatkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di bidang Bahasa Melayu pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 Sidang 2 semalam.
 
Dr. Arul Das merupakan seorang guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Lenggeng, Negeri Sembilan juga merupakan individu kurang upaya fizikal sejak kecil kerana polio.
Beliau juga turut mengucapkan terima kasih atas layanan baik yang diberikan kepadanya terutama sekali pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
 

Tarikh Input: 06/12/2022 | Kemaskini: 06/12/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEZVAb~