KUNJUNGAN SULUNG YB SENATOR DATUK RAS ADIBA RADZI KE UPM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » KUNJUNGAN SULUNG YB SENATOR DATUK RAS ADIBA RADZI KE UPM

KUNJUNGAN SULUNG YB SENATOR DATUK RAS ADIBA RADZI KE UPM

PROGRAM JELAJAH YB SENATOR DATUK RAS ADIBA RADZI KE UPM

UPM, 8 April 2021 - UPM amat bertuah kerana menjadi universiti pertama yang menerima kunjungan YB Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi, Ahli Dewan Negara (mewakili OKU) dalam siri jelajahnya yang dimaklumkan kepada UPM baru-baru ini.

YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi telah berjumpa dengan pelajar-pelajar OKU UPM secara dalam talian terlebih dahulu pada 7 April dan kemudian membuat lawatan secara fizikal pada 8 April 2021.

Dalam pertemuan secara dalam talian bersama pelajar-pelajar OKU, YB Senator sempat beramah mesra bersama pelajar-pelajar yang hadir dan memberi nasihat serta galakan semangat agar tidak putus asa dalam hidup.

Semasa sesi lawatan secara bersemuka ke UPM  hari berikutnya, YB Senator ditemani ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, pegawai-pegawai kanan, wakil Persatuan Keluarga Autisme UPM, ahli-ahli Persatuan Mahasiswa OKU dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar telah melawat ke bangunan Kolej Sepuluh, Perpustakaan Sultan Abdul Samad dan Fakulti Pengajian Pendidikan untuk meninjau kemudahan serta fasiliti OKU.

Program berkenaan diakhiri dengan ucapan terima kasih daripada Profesor Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) serta ucapan oleh Senator Datuk Ras Adiba Radzi pada majlis ringkas di Dewan Besar Pusat Kesenian dan Kebudayaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Tarikh Input: 13/04/2021 | Kemaskini: 13/04/2021 | adidi

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdFAO~