KUNJUNGAN MAHABBAH KELAB HUFFAZ UPM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » KUNJUNGAN MAHABBAH KELAB HUFFAZ UPM

KUNJUNGAN MAHABBAH KELAB HUFFAZ UPM

 
7 Januari 2022 - Kelab Huffaz UPM telah mengadakan satu kunjungan ke BHEP UPM bagi membincangkan penganjuran pelbagai aktiviti kerohanian di UPM.
Kunjungan ini melibatkan wakil Kelab Huffaz iaitu Presiden Kelab, Muhammad Nuri dan dua orang barisan tertinggi kelab iaitu Amzar Khalili, mantan Presiden Kelab dan Ummu Hani, Ketua Unit Perhubungan Luar.
 
Pelbagai idea telah digarap khususnya berkaitan penekanan hasil dan impak yang dikemukakan oleh Ketua BHEP UPM En. Nuruliman Ibn Ibrahim telah diambil perhatian.
Ustaz Nuruliman juga turut menyarankan supaya kerjasama lebih erat dapat dijalinkan antara Kelab Huffaz dengan Pusat Islam UPM dan WAZAN UPM bagi memperkasa program dan aktiviti yang dirancang.
 
Semoga segala hasil perbincangan ini dapat menjadi titik tolak gerak kerja ke hadapan untuk memberi sebanyak mungkin manfaat dalam usaha untuk mengukuhkan kefahaman Al Quran dalam kalangan pelajar sesuai dengan moto Kelab Huffaz UPM, We Are Developing Professional Huffaz.

Tarikh Input: 10/01/2022 | Kemaskini: 10/01/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEZVAv~