Kunjungan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Ke Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) UPM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Kunjungan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ke Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM

Kunjungan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ke Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM

SERDANG, 23 Disember - Bahagian Pembangunan Pasukan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang diketuai oleh PPjKR Tuan Khairul Aswadi bin Kamarudin, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Pasukan telah membuat kunjungan ke Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) pada 23 Disember 2020. Kunjungan tersebut telah disantuni oleh En. Shahriman Hashim, Ketua Pentadbiran (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Tn.Hj Azmi Mohd Noordin, Penyelaras Badan Beruniform (PALAPES/SUSKSIS/SISPA) dan Pn. Rita Bajat, Penolong Pendaftar Pejabat TNCHEPA dan En. Abdul Hadi Samsi, Pegawai Khas TNCHEPA, UPM.

Turut hadir bersama dari Bahagian Pembangunan Pasukan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) iaitu PPjKR Tuan Amirul Imran bin Nordin, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Pasukan, PPjR Puan Maisarah binti Hamzah dan Puan Siti Hajar binti Saarani, Pegawai Bahagian Pembangunan Pasukan.

Kunjungan tersebut adalah bertujuan memberikan Taklimat Berkenaan Pembangunan Pasukan RELA Siswa Siswi (RELASIS) di institusi pengajian tinggi di Malaysia termasuk membincangkan prosedur dan garis panduan penubuhan RELASIS di universiti awam khasnya.

Selain itu, kunjungan ini juga memberi peluang kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Kementerian Dalam Negeri dan UPM bersuai kenal bagi mengeratkan jalinan kerjasama di antara kedua pihak terutamanya dalam melatih dan mendidik mahasiswa mengenai konsep kesukarelawan melalui aktiviti kemasyarakatan bagi menjamin kesejahteraan, keselamatan, keharmonian dan keamanan setempat sepertimana yang diilhamkan oleh YBhg. Prof. Dr Ariffin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dalam program Putra Bakti mahasiswa UPM

Tarikh Input: 24/12/2020 | Kemaskini: 24/12/2020 | msahrizan

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXETEAS~