Kunjungan Hormat Delegasi Jemaah Presiden Mahasiswa Fakulti Ke Pejabat Ketua Bahagian Hal Pelajar, Universiti Putra Malaysia. | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Kunjungan Hormat Delegasi Jemaah Presiden Mahasiswa Fakulti ke Pejabat Ketua Bahagian Hal Pelajar, Universiti Putra Malaysia.

Kunjungan Hormat Delegasi Jemaah Presiden Mahasiswa Fakulti ke Pejabat Ketua Bahagian Hal Pelajar, Universiti Putra Malaysia.

 
9 Disember 2022, Sdra. Muhammad Idzharuddin, Sekretariat Fakulti, Majlis Perwakilan Pelajar UPM Sesi 2021/2022 telah mengetuai delegasi kunjungan hormat tersebut yang disertai oleh hampir semua Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti.
 
En. Nuruliman bin Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM turut mempengerusikan Mesyuarat Libat Urus Pengurusan Hal Ehwal Pelajar bersama Jemaah Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, BHEP.
 
Pelbagai perkara dan isu telah dibincangkan dalam sesi tersebut yang mengambil masa sekitar 90 minit merangkumi pengurusan kelulusan aktiviti pelajar, tatakelola kewangan persatuan, keperluan pengangkutan, selain isu e-Merit, menaiktaraf Persatuan sebagai Majlis dan banyak lagi.
 
En. Nuruliman turut memberikan penekanan terhadap keperluan pemerkasaan kerohanian dan pengantarabangsaan selaras dengan Matlamat 1 dan Visi UPM.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 14/12/2022 | Kemaskini: 14/12/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdPAX~