KPT PRIHATIN KELUARGA MALAYSIA: EDISI KEUSAHAWANAN NEGERI SABAH | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » KPT PRIHATIN KELUARGA MALAYSIA: EDISI KEUSAHAWANAN NEGERI SABAH

KPT PRIHATIN KELUARGA MALAYSIA: EDISI KEUSAHAWANAN NEGERI SABAH

 
Kota Kinabalu, 1 Julai 2022: Program KPT Prihatin Keluarga Malaysia: Edisi Keusahawanan Negeri Sabah telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC). Program kerjasama strategik antara KPT dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bertujuan mendukung kelestarian agenda keusahawanan di IPT.
 
Datuk Seri Dr. Noraini turut berkata, program seperti ini akan mempromosikan pendekatan dan pelaksanaan konsep KPT Prihatin kepada rakyat di semua peringkat dengan lebih jelas selain memanifestasi usaha dan komitmen KPT dalam membantu memenuhi kehendak dan keperluan rakyat. Ianya turut menyokong hasrat memartabatkan keusahawanan dalam memperkasakan negara selaras dengan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025.
 
Turut hadir ke program ini YBhg. Dr. Mohd Zabri Yusoff (Timbalan Ketua Setiausaha - Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Husaini Omar (Ketua Pengarah Pendidikan JPT), YBhg. Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin (Naib Canselor UMS), Encik Nuruliman Ibrahim (Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM), Pegawai Kanan KPT serta pemimpin-pemimpin pelajar Universiti Awam.
 
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 

Tarikh Input: 05/07/2022 | Kemaskini: 05/07/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdQAi~