KOLEJ PENDETA ZA’BA MERANGKUL JOHAN PERTANDINGAN KONVO NUANSA ZAPIN INTERKOLEJ 2022 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » KOLEJ PENDETA ZA’BA MERANGKUL JOHAN PERTANDINGAN KONVO NUANSA ZAPIN INTERKOLEJ 2022

KOLEJ PENDETA ZA’BA MERANGKUL JOHAN PERTANDINGAN KONVO NUANSA ZAPIN INTERKOLEJ 2022

KOLEJ PENDETA ZA’BA MERANGKUL JOHAN PERTANDINGAN KONVO NUANSA ZAPIN INTERKOLEJ 2022

 

2 Disember 2022, Serdang ~ Kumpulan Tarian Sri Dewangga Za’ba dari Kolej Pendeta Za’ba berjaya memenangi Johan Keseluruhan Pertandingan Konvo Nuansa Zapin Interkolej 2022.  Selain daripada itu, KPZ juga turut memengangi Anugerah Vokal Terbaik pada malam tersebut.  Pertandingan yang julung kali diadakan ini adalah bersempena dengan Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM, Majlis Konvokesyen UPM Kali Ke-46.

 

Konsep pertandingan pada kali ini adalah gabungan antara nyanyian dan tarian yang dipersembahkan secara live oleh semua peserta.  Setiap peserta perlu menyanyikan sebuah lagu zapin dari mana-mana pilihan lagu zapin sedia ada dan dipersembahkan bersama tarian zapin yang digarap secara kreatif.  Konsep ini diketengahkan untuk memberi kebebasan berkarya kepada semua peserta tetapi masih mengekalkan ragam dan langkah zapin yang dipelajari sekaligus dapat mempelbagaikan lagi bentuk persembahan yang disampaikan.  Makna nuansa itu sendiri adalah kepelbagaian dan kelainan yang ingin ditonjolkan supaya dapat menarik minat yang lebih kepada generasi muda masa kini untuk menghayati kebudayaan bangsa sekaligus dapat memelihara warisan yang tidak ternilai ini.  Menerusi muzik zapin juga, para pelajar khusunya dapat meningkatkan jatidiri sebagai warga Malaysia yang cintakan adat resam dan tatasusila.

 

Sebanyak 10 kumpulan peserta telah mengambil bahagian mewakili kolej kediaman masing-masing.  Istimewanya pada kali ini, UPM Kampus Bintulu juga turut serta memeriahkan program dengan menghantar penyertaan dari Kolej Seri Rajang.  Pelajar-pelajar ini telah diterbangkan khas dari Bintulu Sarawak dengan diiringi Puan Rosidah Binti Basir.

 

Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM yang telah menyempurnakan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang.  YH. Dato Naib Canselor ternyata amat berpuas hati dengan penganjuran ini dan menzahirkan rasa bangga terhadap semua pelajar yang mengambil bahagian, beliau teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh setiap peserta yang bertanding, pastinya banyak pengorbanan dan cabaran yang dihadapi serta komitmen yang tidak berbelah bagi diberikan oleh setiap pelajar.  Turut hadir Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, TNC Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Ir. B.T Hang Tuah Baharudin, TNC Jaringan Industri dan Masyarakat, Encik Muhazam Mansor, Pendaftar UPM, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus UPMKB dan Prof. Madya Dr. Siti Zaharah Sakimin sekalu Pengerusi, Sekretariat Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM.

 

Berikut adalah senarai peserta dan pemenang pertandingan Konvo Nuansa Zapin Interkolej UPM 2022:

 

Peserta

 

  1. Kolej 12 - Petra Nuansa
  2. Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee - Arustika Putrasakti
  3. Kolej Seri Rajang- Santri D'Wangsa Putra
  4. Kolej Tun Dr. Ismail - Asmara Loka
  5. Kolej 10 - Seta Walinongsari
  6. Kolej 14 - Aramestika
  7. Kolej Canselor - Mantra Cellorscript
  8. KOSASS - Sartural Fansuri
  9. Kolej Pendeta Za’ba - Sri Dewangga Za'ba
  10. Kolej Tan Sri Aishah Ghani - Eka Sukma

 

Keputusan

 

  1. Johan – Kolej Pendeta Za’ba - Sri Dewangga Za'ba
  2. Naib Johan – Kolej Tan Sri Aishah Ghani - Eka Sukma
  3. Tempat Ketiga – Kolej 10 - Seta Walinongsari
  4. Vokal Terbaik – Kolej Pendeta Za’ba - Sri Dewangga Za'ba
  5. Tarian Terbaik – Kolej 14 - Aramestika
  6. Kreativiti Terbaik – Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee - Arustika Putrasakti
  7. Busana Terbaik – KOSASS - Sartural Fansuri

Tarikh Input: 04/12/2022 | Kemaskini: 04/12/2022 | adidi

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdAAI~