Kolej Keenam Johan Arena Berdansa | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Kolej Keenam Johan Arena Berdansa

Kolej Keenam Johan Arena Berdansa

3 Mei 2019, Astaka Seni UPM : Pertandingan Arena Berdansa Interkolej 2019 telahpun melabuhkan tirai dengan penuh gilang gemilang, seramai 11 pasukan yang terdiri daripada lapan kolej telah menyertai dan bertanding bagi merebut gelaran juara. Kolej Keenam berjaya dinobatkan sebagai Johan dan sekaligus membawa pulang piala serta wang tunai RM300.

Program yang dianjurkan oleh Kelab Senitari ADIMASTULI UPM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar ini telah dihadiri oleh warga kolej dan turut diserikan lagi dengan kedatangan tetamu jemputan iaitu pelajar-pelajar sekolah dan barisan cikgu dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Gemuk, Rompin Pahang. Menurut Cikgu Ruda, beliau berasa amat teruja dan seronok dengan pertandingan pada malam ini dan mengharapkan setiap anak pelajar yang datang dapat sedikit sebanyak input kemeriahan kehidupan sebenar di kampus UPM, dan tidak menyangka pelajar UPM begitu aktif dan mempunyai ramai pelajar yang berbakat dan serba boleh.

 

Kelab Senitari ADIMASTULI UPM menganjur Pertandingan Arena Berdansa Interkolej 2019 

 

YBhg. Prof. Dr Roslan bin Sulaiman Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UPM juga turut hadir menyempurnakan sesi penyampaian cenderamata dan hadiah kepada pemenang. Beliau juga turut berpuas hati dengan penganjuran yang penuh warna warni dan memperlihatkan kesungguhan semua pasukan yang menyertai. Setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung tahniah diucapkan kepada semua warga kolej yang bertungkus lumus dalam membuat persiapan, latihan intensif dan sebagainya bagi memastikan pasukn mereka bersedia untuk bertanding.

Pihak penganjur juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama daripada semua kolej yang bertanding. Syabas dan tahniah kepada semua.

 

YBhg. Prof. Dr Roslan bin Sulaiman, TNC (HEPA) UPM turut hadir menyempurnakan sesi penyampaian cenderamata dan hadiah kepada pemenang

 

Keputusan Penuh Arena Berdansa Interkolej 2019 :

Johan : Kolej Keenam A
Naib Johan : Kolej Empat Belas
Tempat Ketiga : Kolej Tujuh Belas
Tempat Keempat : Kolej Tiga Belas
Tempat Kelima : Kolej Canselor

Khas Juri : Kolej Tun Dr Ismail
Koreografi Terbaik : Kolej Empat Belas
Penari Wanita Terbaik : Kolej Empat Belas
Penari Lelaki Terbaik : Kolej Tujuh Belas
Pilihan Penonton : Kolej Tiga Belas
Sinografi Terbaik : Kolej Keenam A
Penataan Terbaik : Kolej Mohamed Rashid
Publisiti Terbaik : Kolej Canselor

 

Oleh : Adidi Tamin

Tarikh Input: 06/05/2019 | Kemaskini: 13/05/2019 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
C1575794514