[26/06/2020] Kita Jaga Kita: Prihatin Kepada Pelajar Luar Kampus UPM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » [26/06/2020] Kita Jaga Kita: Prihatin Kepada Pelajar Luar Kampus UPM

[26/06/2020] Kita Jaga Kita: Prihatin Kepada Pelajar Luar Kampus UPM

26 Jun 2020, UPM Serdang - Seramai 878 orang pelajar luar kampus UPM termasuk pelajar antarabangsa menerima bantuan berupa makanan dan keperluan asas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri bermula 18 Mac 2020. Sumbangan bantuan diserahkan kepada pelajar-pelajar ini di rumah pelajar berkenaan oleh petugas barisan hadapan di Bilik Gerakan COVID-19 (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) HEPA yang diterajui oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Y. Bhg. Profesor Dr. Mohd. Roslan bin Sulaiman dan dibantu pegawai-pegawai entiti HEPA serta diperkuatkan dengan wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar UPM.

 

Pemberian sumbangan secara berterusan bermula 18 Mei hingga 9 Jun 2020 ini adalah bagi memastikan pelajar UPM yang berada di luar kampus terus mendapat bekalan makanan dan keperluan asas kesan pelaksanaan PKP akibat penularan COVID-19. Sumbangan yang diberikan adalah diterima daripada agensi kerajaan dan swasta, pihak perseorangan serta badan bukan kerajaan (NGO) yang begitu prihatin mendukung tanggungjawab sosial khususnya berkaitan kebajikan pelajar.

Berdasarkan data agihan, penerima sumbangan ini terdiri daripada 712 pelajar antarabangsa manakala selebihnya seramai 166 orang adalah pelajar tempatan yang tinggal di kawasan sekitar Serdang, Seri Kembangan, Bangi dan Kajang. Penyerahan sumbangan ini mendapat reaksi positif dari kalangan pelajar berkenaan dan menzahirkan penghargaan atas keprihatinan pihak UPM dalam menjaga kebajikan mereka.

Tarikh Input: 01/07/2020 | Kemaskini: 05/08/2020 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUOAv~