Kesihatan Mental Bukan Isu Ringan: Program Bersama PERMADA UPM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Kesihatan Mental Bukan Isu Ringan: Program Bersama PERMADA UPM

Kesihatan Mental Bukan Isu Ringan: Program Bersama PERMADA UPM

SERDANG, 15 Jan – Persatuan Kebajikan Perkasa Pahang UPM (PERMADA) menganjurkan Program “Mental Illness Is Not a Joke”. Panel jemputan ialah Prof. Madya Dr. Irniza binti Rasdi, merupakan Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Persekitaran dari Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan UPM. Program ini turut dijayakan oleh Nur Khumaira binti Roshizad  selaku moderator, forum yang dijalankan bermula 9.00 malam hingga 11 malam pada Jumaat bertarikh 15 Januari 2021 secara maya menerusi Facebook Live PERMADA UPM.

Antara input perkongsian adalah mengenai masalah mental dan cara untuk mengatasinya. Slot ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pendedahan tentang apa itu penyakit mental dari segi gejala dan kesan, isu dan pendapat serta sesi soal jawab bersama audiens.

Prof. Madya Dr. Irniza Rasdi berkongsi tentang langkah untuk mengatasi masalah kesihatan mental antaranya ialah menjaga waktu tidur, menjaga pemakanan, bersenam, amalan rohani seperti membaca Al-Quran, membaca buku dan berinteraksi dengan masyarakat secara sosial. Menurut beliau juga penyakit mental turut dikaitkan dengan keturunan atau genetik seseorang.

Ainnor Basir Mohd Rosdi dari Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) UPM pula menyatakan “Penyakit mental boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja jika tidak diatasi. Masalah kesihatan mental ini turut memberi kesan kepada perubahan tingkah laku dan emosi misalnya bipolar, anxiety dan stress. Gejala penyakit mental juga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu keadaan tingkah laku, pemikiran dan emosi”.

Program ini berlanjutan selama dua jam dan berjaya meraih lebih 300 tontonan majoritinya dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia.

 

 

Tarikh Input: 18/01/2021 | Kemaskini: 18/01/2021 | msahrizan

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUHA2~