KEMASUKAN SEMULA PELAJAR KE UPM SECARA FIZIKAL BERMULA 4 MAC 2021 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » KEMASUKAN SEMULA PELAJAR KE UPM SECARA FIZIKAL BERMULA 4 MAC 2021

KEMASUKAN SEMULA PELAJAR KE UPM SECARA FIZIKAL BERMULA 4 MAC 2021

SERDANG – 22 Februari 2021. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) prihatin dan menyedari kepentingan dalam memastikan keperluan program pengajian pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) berjalan dengan sempurna walaupun berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19.

    Justeru, berdasarkan hasil dan usaha daripada sesi libat urus tersebut, pihak MKN telah bersetuju untuk membenarkan enam (6) kategori pelajar berkeperluan kembali ke kampus secara fizikal seawal 4 Mac 2021 bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara hibrid iaitu secara fizikal dan secara dalam talian. Enam kategori pelajar yang dibenarkan pulang ke kampus UPM adalah seperti berikut:

    Pelajar dari program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas

  1. Pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian
  2. Pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid
  3. Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom
  4. Pelajar Berkeperluan Khas (OKU)
  5. Pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional.

    UPM menetapkan bahawa pelajar yang telah diberi kebenaran oleh Y.Bhg. Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) atau Dekan Fakulti untuk menjalani PdP dalam kampus sahaja dibenarkan untuk datang ke kampus.

 

    Para pelajar berkeperluan dari Semenanjung yang akan pulang ke kampus Bintulu di negeri Sarawak diwajibkan untuk menjalani Ujian Swab yang akan dibiayai oleh KPT. Mereka diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke kampus. Kos makan minum dan kuarantin mulai Mac 2021 akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

    Bagi pelajar berkeperluan dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak, mereka akan ditempatkan di pusat pengasingan yang berpusat di bilik gerakan covid bagi memastikan bebas daripada sebarang gejala COVID-19. Tambahan itu, sebelum memasuki kawasan kolej kediaman, pelajar dan pengiring diwajibkan membuat Penilaian Risiko Jangkitan COVID-19 UPM. Justeru itu, bagi mengelakkan kesesakan, proses pendaftaran pelajar akan diadakan secara berperingkat dan mengikut zon.

    Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) Prof Dr. Arifin Abdu turut menegaskan bahawa setiap pelajar dikehendaki mematuhi tatacara yang telah ditetapkan ini serta arahan petugas dari masa ke masa dalam usaha mengawal penularan pandemik COVID-19. UPM menjanjikan kawalan SOP yang ketat dan kelancaran semasa berlangsung kemasukan pelajar ke kawasan kampus.

Tarikh Input: 02/03/2021 | Kemaskini: 02/03/2021 | adidi

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdAAB~