Jemputan KRT Seri Serdang Mengukuhkan Hubungan UPM Dan Masyarakat Sekitar | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Jemputan KRT Seri Serdang Mengukuhkan Hubungan UPM Dan Masyarakat Sekitar

Jemputan KRT Seri Serdang Mengukuhkan Hubungan UPM Dan Masyarakat Sekitar

Oleh Azlan Ibrahim

Foto bersama pelajar sekolah rendah yang melakukan persembahan Tarian Naga.

 Serdang, 18 Mac 2018 – KRT Seri Serdang menjemput Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM pada program Jemputan Muhibbah Sempena Tahun Baru Cina anjuran mereka yang diadakan pada 17 Mac 2018 bertempat di Pusat Rukun Tetangga, Taman Seri Serdang. Program ini diadakan bagi meraikan penduduk di kawasan kejiranan Seri Serdang sempena Tahun Baru Cina Tahun 2018. Program yang dihadiri lebih daripada 100 orang penduduk ini turut mendapat sambutan kaum Melayu dan India di kejiranan ini.


Persembahan Wushu oleh Persatuan Zhong Hua UPM

Program yang dimulakan dengan acara tradisi – Yee Sang ini turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai acara iaitu persembahan nyanyian Tahun Baru Cina oleh kumpulan Warga Emas Masyarakat Cina Seri Serdang, persembahan Tarian Naga oleh Tadika Kemas Seri Serdang serta persembahan Wushu oleh Persatuan Zhong Hua UPM. Pengerusi KRT Seri Serdang, Encik Amil Mohamad, dalam ucapannya amat berbesar hati atas kehadiran wakil UPM pada program kali ini. “Apa yang ditunjukkan hari ini merupakan sesuatu yang kita perlu semai dan dengan harapan ianya dapat dikekalkan agar semua pihak mendapat faedah dari kesepakatan yang dibina pada hari ini,’ katanya.


Foto bersama pelajar luar Kampus dan penduduk setempat

Sementara itu, pihak UPM juga berharap hubungan dua hala antara UPM - KRT Seri Serdang ini dimanfaatkan sepenuhnya. “Dengan jalinan hubungan ini, UPM dan KRT Seri Serdang dapat berkongsi maklumat dan sebagainya bagi memastikan pelajar UPM yang menduduki kejiranan KRT Seri Serdang mendapat manfaat hasil kerjasama ini,” menurut Encik Azlan bin Ibrahim yang mewakili UPM dalam program ini. Pada program ini juga, sumbangan turut diberikan kepada warga emas yang berupa bahan-bahan keperluan asas yang disumbangkan oleh KRT Seri Serdang.

Tarikh Input: 31/03/2018 | Kemaskini: 08/04/2018 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
C1568808695