INFAQ RAMADAN- DARI CIBIUK KEPADA PELAJAR ASNAF UPM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » INFAQ RAMADAN- DARI CIBIUK KEPADA PELAJAR ASNAF UPM

INFAQ RAMADAN- DARI CIBIUK KEPADA PELAJAR ASNAF UPM

 
SERDANG, 18 April 2022– Rumah Makan Cibiuk Shah Alam sekali lagi menyumbangkan pÄ™k agihan juadah berbuka kepada pelajar Universiti Putra Malaysia. Sumbangan menu istimewa sebanyak 200 pek telah diagihkan kepada pelajar asnaf UPM dari kolej 13 dan kolej 10.
 
Sumbangan ini adalah untuk tahun kedua dan mula membantu memyumbang makanan kepada pelajar mulai tahun 2021. Sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha Rumah Makan CIBIUK yang diagihkan kepada pihak-pihak yang memerlukan terutama frontliner, golongan Asnaf, komuniti miskin bandar, golongan B40 dan gelandangan.
 
Nilai sumbangan dianggarkan berjumlah rm2500.00.
Kepada yang berkemampuan dan berhasrat ingin menyumbang melalui program ini, sila hubungi 012-3792324 (Nor Aini) atau 017-9070543 (Sarina). Sesungguhnya bersedekah itu akan mengeratkan persaudaraan dan membina kehidupan atas perasaan dan rasa tanggungjawab kepada orang lain.
 

Tarikh Input: 21/04/2022 | Kemaskini: 21/04/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXETKAf~