Iftar Mega Putra UPM 2019 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Iftar Mega Putra UPM 2019

Iftar Mega Putra UPM 2019

Serdang, 15 Mei 2019- Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan satu program Iftar Mega Putra yang bertempat di dataran Dewan Besar UPM. Program julung kalinya diadakan ini telah mendapat sambutan anggaran lebih daripada 2000 mahasiswa yang terlibat secara langsung memenuhi perkarangan dataran.  Program ini telah dianjurkan Bersama Entiti HEPA dan dibantu oleh barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUPM) sebagai  wakil pemimpin pelajar atas inisiatif mengadakan program sebegini. Sebanyak 7 gerai dibuka untuk agihan makanan antaranya iaitu 1000 bungkus makanan sumbangan daripada Menteri Besar Selangor, 1000 bungkus makanan  daripada sumbangan kedutaan Arab Saudi dan sumbangan selebihnya lagi daripada beberapa pihak lain yang terlibat. Kesemua makanan di setiap gerai telah diberikan secara percuma kepada mahasiswa yang hadir.

 

2000 Mahasiswa yang terlibat memenuhi perkarangan dataran.

 

Suasana iftar turut dimeriahkan dengan persembahan Qasidah (Lintas langsung daripada TV9), persembahan daripada Putra Nahwan serta Majlis Pelancaran Gerobok Rezeki Ramadhan. Program ini berobjektifkan bagi mengeratkan silaturrahim dengan mengumpulkan  mahasiswa di dalam satu program. Tambahan itu, dapat mengukuhkan lagi jalinan kebersamaan dengan agama lain bagi merasai suasana Ramadhan dalam program iftar ini. Kegembiraan turut dapat dikongsi bersama bagi pelajar yang kurang berkemampuan.

 

Penyerahan sumbangan kepada Asnaf oleh Ybhg. TNC (HEPA)

Harapan agar program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Hal ini melihat kepada kemeriahan dan sambutan mahasiswa kepada program ini sangat  memberangsangkan.

Oleh : Azrie Izid Azizi (Seketeriat Kebajikan & Keselamatan MPPUPM)

Tarikh Input: 27/05/2019 | Kemaskini: 29/06/2019 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEZIAy~