HEPA PRIHATIN : TEAM SANITASI SEDIA BERKHIDMAT | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » HEPA PRIHATIN : TEAM SANITASI SEDIA BERKHIDMAT

HEPA PRIHATIN : TEAM SANITASI SEDIA BERKHIDMAT

22 Jun 2021 (Selasa) - Sekitar latihan praktikal operasi sanitasi Covid-19 (nyahkuman) yang telah dilaksanakan pada jam 9.45 pagi tadi oleh 3 orang staf BHEP.
Kawasan liputan latihan operasi adalah di blok Malinja Kolej Canselor, UPM. Turut dilaksanakan proses latihan nyahkuman ini adalah kenderaan terpilih di lokasi yang sama.
 
 
Latihan operasi sanitasi ini merupakan sebahagian daripada komitmen inisiatif "HEPA Prihatin" yang turut merangkumi bantuan kebajikan, kewangan, sokongan moral dan bantuan kaunseling.
 
 
Operasi tersebut diketuai oleh En. Nuruliman Ibrahim, Ketua BHEP dengan bantuan En Mohd Desa Esmahil dan En. Jumasnizam Jumin serta turut disertai oleh Encik Hasmi Sulaiman dari Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) UPM.
 
 
YBrs. En. Shahriman Hashim, Ketua Pentadbiran Pejabat TNC (HEPA) turut turun padang meninjau aktiviti latihan operasi yang dilaksanakan.
 
"PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19"
 

Tarikh Input: 23/06/2021 | Kemaskini: 23/06/2021 | adidi

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdSA7~