Hari Pertama Pendaftaran Pelajar Baharu Di Kolej Kediaman | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Hari Pertama Pendaftaran Pelajar Baharu di Kolej Kediaman

Hari Pertama Pendaftaran Pelajar Baharu di Kolej Kediaman

 
[5 Oktober 2022]
 
Hari ini merupakan hari pertama pendaftaran pelajar baharu di Kolej kediaman.
Terdapat lima buah kolej kediaman yang memulakan pendaftaran hari ini iaitu Kolej Canselor UPM KOLEJ EMPAT BELAS Kolej Sepuluh, UPM Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah dan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee UPM. Bilangan pelajar mendaftar setakat tengahari tadi telah mencapai 60% dari jumlah pelajar baharu yang dijadualkan. Pendaftaran pelajar kelihatan meriah dengan kehadiran ibubapa dan penjaga pelajar.
 
Seramai 3,553 pelajar baharu terdiri daripada 1,163 pelajar lelaki dan 2,437 pelajar perempuan diterima pada hari ini dan esok di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi program bacelor sesi akademik 2022/2023.
 
Tahniah dan selamat datang sekali lagi saya ucapkan dan teruskan usaha cemerlang berilmu berbakti kepada semua warga HEPA yang terlibat termasuk Fasilitator Universiti yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar MPP UPM dan Majlis Perwakilan Kolej Kediaman.
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 11/10/2022 | Kemaskini: 11/10/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUUA7~