[EDARAN MAKANAN KERING DAN KEPERLUAN DIRI DARI PUTRA FOOD BANK UPM KEPADA PELAJAR-PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN] | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » [EDARAN MAKANAN KERING DAN KEPERLUAN DIRI DARI PUTRA FOOD BANK UPM KEPADA PELAJAR-PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN]

[EDARAN MAKANAN KERING DAN KEPERLUAN DIRI DARI PUTRA FOOD BANK UPM KEPADA PELAJAR-PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN]

 
Serdang, 2 Jun 2022: Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) sentiasa peka dan prihatin terhadap kebajikan pelajar-pelajar UPM. Usaha-usaha ini sentiasa berterusan bagi memastikan kebajikan pelajar UPM terjaga. Ia turut menyokong hasrat YH Dato’ Naib Canselor menerusi Mesyuarat Kebajikan Pelajar yang memerlukan semua pihak berganding bahu dalam menjaga kebajikan pelajar.
 
BHEP hari ini telah mengambil inisiatif menerusi konsep Putra Food Bank UPM yang telah diperkenalkan pada sebelum ini untuk menghulur bantuan makanan kering dan keperluan diri yang diagih secara keseluruhan di kolej-kolej kediaman. BHEP berharap inisiatif ini juga dapat membantu pihak kolej-kolej kediaman dalam penyampaian bantuan secara terus kepada pelajar-pelajar yang memerlukan. BHEP memandang serius dan sentiasa mengambil cakna isu-isu kebajikan pelajar.
 
Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar diiringi oleh Encik Zulkifli Ibrahim yang mewakili Seksyen Pengurusan Kebajikan Pelajar BHEP. Sumbangan telah diserahkan menerusi Jemaah Pengetua / Pengurus kolej-kolej kediaman.
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.

Tarikh Input: 03/06/2022 | Kemaskini: 03/06/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUTAr~