Debat UPMKB | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Debat UPMKB

Debat UPMKB

Bintulu, 24 Feb 2019 - Pertandingan Debat Bandar Sejahtera Piala Orator Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) Sarawak telah diadakan pada 23 & 24 Februari 2019 bertempat di Dewan Kuliah Pusat, UPMKB. Seramai 4 buah pasukan yang telah menyertai pertandingan ini dan peserta terdiri daripada kalangan mahasiwa Bacelor dan Diploma UPMKB.

 

 

Pertandingan debat ini merupakan anjuran Kelab Orator UPM yang bertujuan untuk memupuk dan membudayakan seni debat dalam kampus. Majlis Penutupan Pertandingan Debat telah berlangsung pada malam 24 Februari 2019 menyaksikan persidangan akhir dengan Usul yang diperdebatkan iaitu "Integriti Akademik Mahasiswa Belum Subur". Perwakilan kerajaan daripada Kelab Orator UPMKB, manakala di perwakilan pembangkang daripada Kelab Rimbawan UPMKB.

Pertandingan Debat ini telah dihakimi oleh Dr. Fadzilah Binti Yusof (Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Sosial, UPMKB merangkap Ketua Hakim), Dr. Suziana Binti Hassan (Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Perhutan, UPMKB), Dr. Nozieana Binti Khairuddin (Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Asasi dan Kejuruteraan), Dr. Azizul Hakim (Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Asasi dan Kejuruteraan) , Encik Saipul Izzuwan Bin Dahari (Alumni Pendebat UPMKB), Cik Fateen Aqlima Haniem Binti Ab Jabar (Alumni Pendebat UPMKB) dan Cik Siti Zul Lailee Binti Kamsan (Alumi Pendebat UPMKB).

 

 

Penyempurnaan Majlis Penutupan Pertandingan Debat Bandar Sejahtera UPMKB telah dilakukan oleh Yang Berusaha Encik Muhammad Abdul Rahim Bin Habib, Pegawai Psikologi Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPMKB.

 

 

Oleh : Mohd Haizad Syazwan Bin Kalana

Tarikh Input: 04/03/2019 | Kemaskini: 18/03/2019 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
C1568805879