BPMB Agih RM225 Ribu Untuk Biasiswa 5 Pelajar UPM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » BPMB agih RM225 ribu untuk biasiswa 5 pelajar UPM

BPMB agih RM225 ribu untuk biasiswa 5 pelajar UPM

KUALA LUMPUR, 24 November – Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. Nuruliman Ibrahim hari ini telah mewakili Universiti Putra Malaysia bagi menerima agihan bantuan berjumlah RM225 ribu sempena Majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan Universiti Awam 2021 anjuran Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) yang diadakan di Menara Bank Pembangunan, Bandar Wawasan, Kuala Lumpur.
 
 
Penyerahan bantuan pendidikan tersebut telah disempurnakan oleh Presiden BPMB, En. Arshad Mohamed Ismail bersama Dr. Syahnaz Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Shariah BPMB. Turut hadir menerima sumbangan ialah wakil daripada UIAM, USIM, UPSI, UMK dan UTHM.
 
 
En. Arshad yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB berkata, agihan bantuan ini sebagai tanda keprihatinan pihak BPMB dalam menjalankan tanggungjawab sosial bagi membantu mahasiswa cemerlang di institusi pengajian tinggi khususnya dalam kalangan keluarga B40 dan diharap dapat mengurangkan beban yang perlu ditanggung oleh keluarga masing-masing.
 
 
En. Nuruliman ketika ditemui berkata, beliau mewakili seluruh warga UPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak BPMB atas sumbangan besar yang amat bermakna ini.
 
 
Mengulas lanjut, kata Nuruliman Ibn Ibrahim , seramai 5 orang pelajar bacelor di Universiti Putra Malaysia bakal menerima bantuan dana biasiswa tersebut yang berjumlah RM45,000 setiap seorang merangkumi yuran pendaftaran, yuran pengajian, yuran penginapan, bantuan sara diri dan wang saku.
 
 
“Bantuan pendidikan tersebut akan disalurkan kepada pihak Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) WAZAN UPM untuk diuruskan kepada 5 pelajar terpilih dengan penyelarasan bersama Seksyen Pengurusan Kebajikan BHEP UPM” katanya.

Tarikh Input: 26/11/2021 | Kemaskini: 26/11/2021 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUPAV~