BICARA SANTAI NAIB CANSELOR BERSAMA PEMIMPIN PELAJAR UPM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » BICARA SANTAI NAIB CANSELOR BERSAMA PEMIMPIN PELAJAR UPM

BICARA SANTAI NAIB CANSELOR BERSAMA PEMIMPIN PELAJAR UPM

 
UPM, 5 Februari 2022 - Bicara Santai Naib Canselor YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman bersama Pemimpin Pelajar UPM telah berlangsung di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS).
Program yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar ini diadakan bagi menyantuni pemimpin pelajar yang terdiri daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar MPP dan barisan Majlis Perwakilan Kolej MPK yang telah banyak bekerjasama dengan pihak pengurusan universiti terutama dalam membantu menguruskan hal-hal kebajikan pelajar UPM semasa tempoh pandemik yang bermula dari 2020 sehingga kini.
 
 
 
Selain daripada itu, program ini juga diadakan untuk memberi semangat dan sokongan kepada semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan akhir yang akan bermula Isnin ini.
Turut hadir dalam program tersebut iaitu YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman Naib Canselor UPM, YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), YBrs. Prof Madya. Dr. Amini Amir Abdullah Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej-Kolej Kediaman, YBrs. Prof Madya. Dr. Mursyid Arshad Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), En. Nuruliman Ibrahim Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman, Felo-felo, Majlis Perwakilan Pelajar serta Majlis Perwakilan Kolej.
 
 
 
Bicara santai ini adalah sesi dua hala secara langsung bersama Naib Canselor UPM berbicara secara santai tentang hala tuju pemimpin pelajar serta memberi kesedaran menjadikan mahasiswa ini aktif bukan sekadar dalam akademik tetapi aktif juga dalam kokurikulum.
 

Tarikh Input: 07/02/2022 | Kemaskini: 07/02/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEURAA~