BHEP URUS VAKSIN PELAJAR OKU | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » BHEP URUS VAKSIN PELAJAR OKU

BHEP URUS VAKSIN PELAJAR OKU

UPM Serdang, 28 Jun 2021- Seramai tiga orang pelajar OKU Universiti Putra Malaysia telah menerima vaksin COVID-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) di Menara Sime Darby Plantation, Ara Damansara sehingga 28 Jun yang lepas.

Selain membuat hebahan kepada pelajar OKU, UPM melalui pengurusan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar juga turut menyediakan kenderaan kepada semua pelajar termasuk pelajar OKU yang ingin ke PPV termasuklah PPV Pandu Lalu yang berada di Menara Sime Darby Plantation, Ara Damansara berkenaan di mana OKU akan mendapat vaksin dengan hanya duduk di dalam kenderaan tanpa perlu keluar di PPV Pandu Lalu. 

Melalui pengalaman pelajar OKU, Siti Hajjar Muhammad dan pemandu kenderaan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, Encik Ayub Somudi, mereka amat gembira sekali dilayan baik serta mesra oleh sukarelawan di PPV pandu lalu berkenaan termasuk dapat beramah mesra bersama Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa lawatannya pada 24 Jun di PPV berkenaan baru-baru ini. Manakala seorang lagi pelajar OKU, Mas Nur Jannah berasa gembira disapa oleh YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi semasa menerima vaksin pada 28 Jun lepas.

PPV OKU Pandu Lalu adalah cetusan idea YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi dengan kerjasama Pusat Perubatan Ara Damansara, Sime Darby Plantation Berhad dan agensi kerajaan lain. YB Senator Datuk Ras Adiba berharap kerajaan dapat menambah bilangan dos vaksin dan mewujudkan lebih banyak PPV OKU secara pandu lalu di seluruh negara.

UPM sentiasa menyokong penuh Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sejak mula diperkenal dan berharap agar semua warganya mendapat vaksin COVID-19 dengan kadar segera.

Tarikh Input: 30/06/2021 | Kemaskini: 01/07/2021 | adidi

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXESOAW~