[BHEP MENYANTUNI PELAJAR YANG TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA] | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » [BHEP MENYANTUNI PELAJAR YANG TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA]

[BHEP MENYANTUNI PELAJAR YANG TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA]

 
Serdang, 1 Jun 2022: Seksyen Pengurusan Kebajikan Pelajar telah mengadakan lawatan untuk menyantuni pelajar Sekolah Perniagaan & Ekonomi iaitu Saudara Badrulzzaman Jamaludin yang terlibat dengan kemalangan jalan raya di Sungai Besi semasa dalam perjalanan ke tempat Latihan Industri.
 
Saudara Badrulzzaman Jamaludin mengalami kecederaan ringan dan sedang berehat di Kolej Kediaman. Sehingga kini, perkembangan kesihatan Saudara Badrulzzaman Jamaludin semakin bertambah baik. BHEP turut membuat sumbangan kepada Saudara Badrulzzaman Jamaludin sebagai usaha dan komited BHEP dalam menjaga kebajikan pelajar UPM.
 
Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Zulkifli Ibrahim yang mewakili Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Seluruh warga kerja BHEP mendoakan agar Saudara Badrulzzaman Jamaludin kembali pulih sepenuhnya serta dapat meneruskan Latihan Industri seperti biasa.
 
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 

Tarikh Input: 02/06/2022 | Kemaskini: 02/06/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUQAo~