BHEP MENYANTUNI PELAJAR YANG TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » BHEP MENYANTUNI PELAJAR YANG TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

BHEP MENYANTUNI PELAJAR YANG TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

 
Ampang, 10 Mei 2022: Seksyen Pengurusan Kebajikan Pelajar telah mengadakan lawatan untuk menyantuni pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi iaitu Saudara Muhammad Nazmi Afiq Mohd Nazif (Pelajar Tahun 3) yang terlibat dengan kemalangan jalan raya pada 20 April 2022 yang lepas.
Saudara Muhammad Nazmi mengalami ‘brain injury’ dan selamat menjalani pembedahan bahagian kepala di Hospital Kuala Lumpur. Sehingga kini, perkembangan kesihatan Saudara Muhammad Nazmi semakin bertambah baik. BHEP turut membuat sumbangan kepada Saudara Muhammad Nazmi sebagai usaha dan komited BHEP dalam menjaga kebajikan pelajar UPM.
 
Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Mohd Shahfuan Azizan, Pegawai Eksekutif Seksyen Pengurusan Kebajikan Pelajar yang mewakili Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Turut bersama-sama dalam lawatan ini ialah Timbalan Dekan (Akademik) FBMK, Ketua Jabatan Komunikasi FBMK, Pegawai BHEP dan FBMK.
Seluruh warga kerja BHEP mendoakan agar Saudara Muhammad Nazmi kembali pulih sepenuhnya serta dapat meneruskan sesi PdP seperti biasa.
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 

Tarikh Input: 11/05/2022 | Kemaskini: 11/05/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUKAQ~