[BHEP MENGHANTAR 20 ORANG PELAJAR KE PROGRAM GLOBAL YOUTH SUMMIT] | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » [BHEP MENGHANTAR 20 ORANG PELAJAR KE PROGRAM GLOBAL YOUTH SUMMIT]

[BHEP MENGHANTAR 20 ORANG PELAJAR KE PROGRAM GLOBAL YOUTH SUMMIT]

 
Kuala Lumpur, 20 Jun 2022: Bahagian hal ehwal pelajar UPM menghantar 20 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar antarabangsa dan pelajar tempatan ke Program Kuala Lumpur Global Youth Summit 2022 di Putra World Trade Cantre (PWTC).
 
Program Kuala Lumpur Global Youth Summit 2022 (KLGY 2022) bertujuan memperkasakan belia untuk menjadi lebih kreatif, berdaya tahan serta mempunyai kemahiran praktikal agar belia Malaysia dapat mencapai kejayaan dan kecemerlangan untuk menghadapi pelbagai cabaran masa hadapan.
Naib Canselor UPM, YH. Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman turut menghadiri Program Kuala Lumpur Global Youth Summit 2022.
 
Program ini dirasmikan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Dr. Noraini Ahmad yang dianjurkan oleh Yayasan Juwita dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
 

Tarikh Input: 21/06/2022 | Kemaskini: 21/06/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXERGAu~