BHEP MEMBANTU KEBAJIKAN PELAJAR YANG TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » BHEP MEMBANTU KEBAJIKAN PELAJAR YANG TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

BHEP MEMBANTU KEBAJIKAN PELAJAR YANG TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

Serdang, 1 September 2022: Seksyen Pengurusan Kebajikan Pelajar telah membantu pelajar Fakulti Pertanian iaitu Muhammad Asyraff bin Noor Muhamad, Nur Dini Athirah binti Fahizar dan Mohammad Aidil Fakri bin Mat Zami yang terlibat dengan kemalangan jalan raya masing-masing di UPM dan Lebuhraya Silikon.
 
Muhammad Asyraff bin Noor Muhamad mengalami kecederaan di jari kaki, Nur Dini Athirah binti Fahizar mengalami kecederaan ringan, dan Mohammad Aidil Fakri bin Mat Zami mengalami kecederaan di dagu dan kesemua pelajar telah mendapat rawatan di Hospital Serdang. Sehingga kini, perkembangan kesihatan kesemua pelajar tersebut semakin bertambah baik. BHEP turut membuat sumbangan kepada semua pelajar yang terlibat sebagai usaha dan komited BHEP dalam menjaga kebajikan pelajar UPM.
Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Shahfuan Azizan, Seksyen Kebajikan Pelajar yang mewakili Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Seluruh warga kerja BHEP mendoakan agar kesemua pelajar kembali pulih sepenuhnya serta dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa kelak.
 
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 01/09/2022 | Kemaskini: 01/09/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUEAu~