[BHEP MEMBANTU KEBAJIKAN PELAJAR YANG TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA] | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » [BHEP MEMBANTU KEBAJIKAN PELAJAR YANG TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA]

[BHEP MEMBANTU KEBAJIKAN PELAJAR YANG TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA]

 
Serdang, 20 Jun 2022: Seksyen Pengurusan Kebajikan Pelajar telah membantu pelajar Fakulti Pengajian Pendidikan iaitu Saudari Izniza Ismail yang terlibat dengan kemalangan jalan raya (langgar lari) di IOI Conezion semasa dalam perjalanan pulang dari tempat Latihan Industri. Saudari Izniza Ismail mengalami kecederaan di bahagian muka dan sehingga kini, perkembangan kesihatan Saudari Izniza Ismail semakin bertambah baik.
 
BHEP turut membuat sumbangan kepada Saudari Izniza Ismail sebagai usaha dan komited BHEP dalam menjaga kebajikan pelajar UPM.
Sumbangan telah disampaikan oleh Puan Shamilah Samian, Ketua Seksyen Kebajikan Pelajar yang mewakili Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Seluruh warga kerja BHEP mendoakan agar Saudari Izniza Ismail kembali pulih sepenuhnya serta dapat meneruskan Latihan Industri seperti biasa.
 
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 

Tarikh Input: 21/06/2022 | Kemaskini: 21/06/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEYSAh~