BHEP BANTU URUSAN PULANG KELUARGA ALMARHUM MOHAMMED NYAH | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » BHEP BANTU URUSAN PULANG KELUARGA ALMARHUM MOHAMMED NYAH

BHEP BANTU URUSAN PULANG KELUARGA ALMARHUM MOHAMMED NYAH

KLIA, 7 Oktober 2021 – Membantu urusan pulang Sakinah Nyah Mohamad balu Allahyarham Mohammed Nyah pelajar Fakulti Ekologi Manusia yang meninggal dunia pada 26 Julai 2021 yang lalu.  Proses pulang beliau ke tanah air turut mendapat bantuan dan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Pusat Antarabangsa (i-PUTRA), Hospital Pengajar UPM, Fakulti Ekologi Manusia dan En Ahmed AbuBakar (Presiden Persatuan Pelajar Nigeria UPM).

Terdahulu beliau telah menerima suntikan vaksin COVID-19 di Hospital Pengajar UPM sebelum pulang ke Nigeria bersama dua anaknya, Firdaus Nyah dan Maryam Nyah.  Sebelum berlepas pulang, beliau sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu proses kepulangan beliau bersama keluarganya.

 

Tarikh Input: 10/10/2021 | Kemaskini: 10/10/2021 | adidi

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdNAF~